Salam sejahtera pembaca yang dikasihi,
Kenyataan Media Rasmi YM Dato' Seri Paduka Diraja Dato' Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato' Seri Baba & MRF Consultant (M) Sdn Bhd
Hi korang, pada Ahad lepas, 15 Mac 2025, Nell berkesempatan untuk hadir ke majlis sidang media MRF Consultant (M) Sdn Bhd dan berikut adalah kenyataan media rasmi tanpa olahan yang dikongsikan oleh jurucakap MRF Consultant (M) Sdn Bhd untuk rujukan semua.
Uniknya sidang media kali ini, pihak penganjur tidak membuka ruang sesi soal jawab soalan untuk bertanya dari pihak wartawan.
Majlis Sidang Media MRF Consultant (M) Sdn Bhd & YM Dato' Seri Paduka Diraja Dato' Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato' Seri Baba di Courtyard by Marriott Setia Alam |
Sidang media ini telah dijalankan oleh pihak YM Dato' Seri dan MRF bertujuan untuk menyampaikan beberapa perkara penting untuk perhatian awam serta tindakan lanjut pihak-pihak yang berkaitan.
![]() |
Majlis Sidang Media MRF Consultant (M) Sdn Bhd & YM Dato' Seri Paduka Diraja Dato' Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato' Seri Baba di Courtyard by Marriott Setia Alam |
Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak pengajur;
I. Tuduhan Kes Di Mahkamah
Pengurusan tertinggi MRF telah memutuskan setelah mengambil kira perbincangan, nasihat perundangan serta arahan-arahan yang berkuatkuasa oleh pihak berwajib.
MRF menyatakan bahawa Pengasas kepada syarikat ini iaitu YM Dato' Seri Paduka Diraja Dato' Sri Siti Nur Atiqah binti Dato' Seri Baba (YM Dato' Sri) di dapati tidak terlibat dengan kesalahan jenayah dan tidak disabitkan dengan mana-mana jatuh hukuman yang dikenakan terhadapnya.
YM Dato' Sri telah memberikan kerjasama yang sangat baik serta akur dengan segala arahan yang berkuatkuasa ke atas beliau sepanjang prosiding mahkamah berjalan.
Pihak kami telah mengemukakan dokumen-dokumen pengesahhan berhubungan pertuduhan ke atasnya.
Inshaa Allah (Biiznillah), ada beberapa lagi keputusan positif yang akan diperolehi oleh YM Dato' Sri dalam terdekat ini melalui pihak mahkamah.
Sesungguhnya Pengurusan MRF amat bersyukur dengan keputusan ini dan meminta semua pihak yang terbabit akur dan tidak lagi melakukan gangguan kacau serta memfitnah beliau serta MRF lagi.
Sehubungan dengan itu, YM Dato' Sri meminta semua pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti menyebarkan fitnah, menghina, menghasut dan apa-apa perbuatan yang terkutuk tersebut dengan mengaitkan diri beliau, seluruh keluarganya serta mana-mana orang berhubung kerjasama MRF di minta untuk berhenti dengan perbuatan yang dimaksudkan serta merta.
II. Kenyataan Media 11 Januari 2024
Sesungguhnya YM Dato' Sri telah memberikan tempoh yang panjang kepada pihak-pihak yang berkaitan perkara ini melalui satu kenyataan media rasmi yang telah disebarkan melalui media massa (Facebook) rasmi MRF Consultant (M) Sdn Bhd bertarikh 11 Januari 2024 yang lalu agar pihak berkaitan hadir bertemu YM Dato' Sri bagi permohonan maaf kepada beliau.
Namun tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk membuat permohonan maaf tersebut.
Bermula dari kenyataan ini dikeluarkan MRF telah bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada mana-mana pihak yang masih lagi tidak memadamkan posting perkara yang dimaksudkan di atas sama ada gambar, kenyataan melalui pelbagai media akan diambil tindakan dan saman dari pihak MRF.
III. Tuntutan Permohonan Maaf
YM Dato' Sri dan MRF turut menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkepentingan serta mana-mana yang disifatkan berpengaruh untuk membuat kenyataan rasmi seperti maksud dalam perkara I tersebut agar membersihkan nama baik YM Dato' Sri dan pihak berkaitan yang mempunyai hubung kai dengan MRF sebelum ini sehingga YM Dato' Sri dan MRF menanggung kerugiaan yang besar.
Hal ini termasuk membabitkan kerugian kepada pemohon-pemohon projek Rumahku Syurgaku (RKSK), senarai calon penerima pakej umrah serta lain-lain lagi yang telah kerugian menerima manfaat dari MRF.
IV. Rumahku Surgaku (RKSK)
MRF turut menyatakan dalam kenyataan ini, bahawa bersetuju untuk melaksanakan semua projek Rumahku Syurgaku (RKSK) dengan peraturan yang baru dengan pemantauan oleh pihak berkuasa.
Perlaksanaan akan dijalankan setelah semua kelulusan dan dokumentasi lengkap diterima daripada pihak berkaitan.
MRF minta agar semua pihak termasuk mereka yang berminat dalam projek ini untuk bersabar sehingga satu kenyataan baru yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan MRF akan datang.
V. Sumber Kewangan MRF
MRF menegaskan bahawa sumber kewangan syarikat adalah sumber yang jelas dan telah disiasat oleh pihak berkuasa kerajaan di bawah AMLA. (Money laundering and terrosim financing (ML/TF)).
MRF telah menerima dokumn pengesahan perintah pembatalan penyitaan dibawah Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA)2001 (AKTA 613).
VI. Penafian Nama Individu
Seterusnya berhubungan proses kelulusan dan pengurusan kewangan MRF, pihak MRF menegaskan TIDAK menggunakan mana-mana nama individu atau nama pertubuhan berdaftar dalam proses urusan in dijalankan.
Sehubungan dengan itu, sekiranya mana-mana nama individu atau pertubuhan yang dikaitkan dalam perkara ini diminta berjumpa terus dengan pihak pengurusan tertinggi MRF dan mengemukakan bukti agar Pengurusan MRF dapat mengesahkan kesahihannya.
MRF amat memandang serius perkara ini dan jika didapati tidak sah, kami MRF akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.
VII. Proses Pengurusan Perbankan
YM Dato' Sri meminta agar institusi perbankan yang mempunyai hubung kait serta urusan kerjasama dengan MRF supaya dapat memberi perhatian dan melancarkan urusan MRF bagi urusan pengeluaran dana selanjutnya.
Sekiranya beliau dan MRF masih tidak menerima layanan baik dari institusi perbankan seperti yang dimaksudkan. YM Dato' Sri dan MRF sedia untuk mengadakan sidang media khas kedua berhubungan perkara ini dan mengemukakan dokumen berkatain kepada media.
VIII. Pinjaman Dana Tanpa Faedah
Selanjutnya, YM Dato' Sri dan MRF ingin mengumumkan satu pemberitahuan kepada semua pihak yang berkeperluan dan berkepentingan bahawa MRF bersedia dan mengalu-alukan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan yang sahih dan berdaftar untuk membuat pinjaman tana faedah serta bersetujuan bersama mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa daripada MRF.
Pihak yang dimaksudkan boleh mengemukakan proposal, kerta kerja, dokumen-dokumen berkaitan kepada MRF bagi diproses penilaiannya serta kelulusan selanjutnya.
Berkuatkuasa permohonan boleh dilakukan selepas Mei 2025 ini.
IX. Tuntutan Anak Kandung
YM Dato' Sri menegaskan dan menafikan tuduhan melalui bekas suami dan keluarganya terhadap dirinya berhubungan perkara-perkara fitnah yang dilemparkan sehingga mendapat pihak-pihak terpengaruh dengan fitnah ini bagi YM Dato' Sri membuat tuntutan hak jagaan anak beliau yang dinafikan sebelum ini.
YM Dato' Sri bersetuju untuk menuntut semula hak jagaan anak beliau agar beliau tidak lagi di ganggu oleh bekas suami dan keluarganya.
X. Tindakan Perundangan
MRF turut bertegas untuk mengambil tindakan kepada penyebaran fitnah di media social membabitkan MRF termasuk berkaitan Pemilik MRF sendiri.
Demikian juga, Pengursan MRF turut menuntut permohonan maaf dari mana-mana pihak secara terbuka agar nama baik MRF dan Pemilik MRF dapat dibersihkan.
Akhir sekali YM Dato' Sri dan MRF memberikan penegasan sekali lagi bahawa segala kenyatan rasmi diberikan mempunyai maksud yang tersurat dan diambil perhatian kepada merak yang terbabit.
MRF masih lagi menjaga nama baik mereka yang terlibat agar mereka secara sukarela membersihkan nama baik MRF and pemilik MRF.
Segala rezeki ini adalah daripada Allah SWT yang Maha Kaya yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang meminta kepada-Nya. Sekian, terima kasih.
![]() |
Majlis Sidang Media MRF Consultant (M) Sdn Bhd & YM Dato' Seri Paduka Diraja Dato' Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato' Seri Baba di Courtyard by Marriott Setia Alam |
Soalan Jangkaan Sidang Media
- Mona Din dan Groupnya
- Tuntutan maaf dan padam segala posting fitnah jika tidak MRF saman
- Pengarah KDN
- Masih dalam prosiding dan penafian tidak terlibat
- RKSK
- Akan dimaklumkan semula
- Kes Culik
- Penafian dan dalam proses tuntutan
- Perolehi Dana
- Melalui kerjasama strategik dan mendapat kelulusan dan perhatian kerajaan
- Geleran
- Telah disiasat dan tidak perlu dilanjutkan
- Naning Melaka
- Tunggu pengumuman selanjutnya
- Pertubuhan Cik Siti Wan Kembang
- Program Tanggunjawab Social (CSR) tidak lebih dari itu
- Scammer
- Tidak ada sabitan dan kemukakan butki jika tidak MRF saman
- Penipuan Rumah
- Kes telah diambil tindakan dan selesai
- Bekas Suami
- Tidak ada kaitan lagi
- Bekas Mentua
- Dalam proses tindakan perundangan
- Pinjaman Hutang
- Tiada kaitan lagi
- Pinjaman Dana RKSK
- Sila kemukakan permohonan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media tadi
- Beli Aset
- Dalam proses pengurusan selanjutnya
- Keluarga Sendiri
- Jangan kaitkan lagi dan penafian
1 Comments
Apa pun dugaan, selalu lah berdamai dan tenang dengan ujian dariNya. Semoga dipermudahkan urusan semua
ReplyDelete